Salam Ramadhan..
Syukur alhamdulillah kerana diberikan usia dan ketabahan untuk melalui dugaan dan ujian di bulan yang penuh keberkatan ini. Tiada lain perkataan nak dizahirkan melainkan rasa syukur kepadamu Ya Allah..
Kebelakangan ini dunia semakin mencabar dan bermacam-macam dugaan yang datang silih berganti dan ada kala permasalahan yang timbul belum sempat sampai ke garisan penamat datang lagi masalah yang baru inilah dunia sekarang ....Kebanyakan masaku dihabiskan untuk memikir,merenung,menilai dan paling tidak menyumbangkan sedikit sebanyak idea dan pendapat bagi permasalahan itu..Namun jika nak dibandingkan aku dengan mereka itu begitu jauh perbedaannya..apakah idea aku diterima jika sekiranya dilontarkan kerana sebelum ini aku telah pun mencuba namun tiada sahutan..tetapi sahabat seperjuangan pernah berkata "Jangan mudah berputus asa"..Aku tahu yang tinggal kini hanyalah semangat namun aku jua pasti yang satu hari nanti aku akan diterima..Agak pelik dan janggal kerana aku sememangnya telah pun berada di kalangan mereka, aku juga secara zahirnya diperakui untuk bersama-sama mereka namun bila tiba saat bermuzakarah aku bagai melukut di tepi gantang..Ahhhhhhh tidak mengapa aku yakin Allah Maha Mengetahui dan pasti aku akan diberi peluang itu...
No comments:
Post a Comment