25 August 2009
Kisah Kartika
Hari ini 25hb Ogos 2009 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1430, muka depan akhbar Berita Harian memaparkan kisah Kartika yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak namum pihak JAIP telah pun menangguhkan hukuman itu..Mungkin kita yang membaca dan mendengar akan merasa itulah rahmat dan keberkatan di bulan Ramadhan kepada setiap umatnya untuk mensyukuri setiap kejadian pasti ada hikmahnya apatah lagi di bulan yang mulia ini..Namun tidak bagi Kartika dan keluarganya, sebaliknya menganggap pihak berkuasa dan JAIP telah mempersendakan agama kerana keputusan penangguhan itu..Aku jadi keliru dan binggung kerana hal ini kerana apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada masyarakat oleh kartika ini?jika sebelum ini seluruh umat Islam di Malaysia ini memuji tindakan nya kerana mengaku bersalah diatas kesalahannya dan sanggup untuk menerima hukuman yang dijatuhkan namun kejadian semalam telah menimbulkan persoalan bagi semua orang..kenapa?mengapa?untuk apa?apakah ada pengakuan lain disebalik keengganannya untuk menerima keputusan penangguhan itu??? entahlah aku tak faham...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment