25 August 2009

Kisah Kartika

Hari ini 25hb Ogos 2009 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1430, muka depan akhbar Berita Harian memaparkan kisah Kartika yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak namum pihak JAIP telah pun menangguhkan hukuman itu..Mungkin kita yang membaca dan mendengar akan merasa itulah rahmat dan keberkatan di bulan Ramadhan kepada setiap umatnya untuk mensyukuri setiap kejadian pasti ada hikmahnya apatah lagi di bulan yang mulia ini..Namun tidak bagi Kartika dan keluarganya, sebaliknya menganggap pihak berkuasa dan JAIP telah mempersendakan agama kerana keputusan penangguhan itu..Aku jadi keliru dan binggung kerana hal ini kerana apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada masyarakat oleh kartika ini?jika sebelum ini seluruh umat Islam di Malaysia ini memuji tindakan nya kerana mengaku bersalah diatas kesalahannya dan sanggup untuk menerima hukuman yang dijatuhkan namun kejadian semalam telah menimbulkan persoalan bagi semua orang..kenapa?mengapa?untuk apa?apakah ada pengakuan lain disebalik keengganannya untuk menerima keputusan penangguhan itu??? entahlah aku tak faham...

24 August 2009

Salam Ramadhan..

Syukur alhamdulillah kerana diberikan usia dan ketabahan untuk melalui dugaan dan ujian di bulan yang penuh keberkatan ini. Tiada lain perkataan nak dizahirkan melainkan rasa syukur kepadamu Ya Allah..

Kebelakangan ini dunia semakin mencabar dan bermacam-macam dugaan yang datang silih berganti dan ada kala permasalahan yang timbul belum sempat sampai ke garisan penamat datang lagi masalah yang baru inilah dunia sekarang ....Kebanyakan masaku dihabiskan untuk memikir,merenung,menilai dan paling tidak menyumbangkan sedikit sebanyak idea dan pendapat bagi permasalahan itu..Namun jika nak dibandingkan aku dengan mereka itu begitu jauh perbedaannya..apakah idea aku diterima jika sekiranya dilontarkan kerana sebelum ini aku telah pun mencuba namun tiada sahutan..tetapi sahabat seperjuangan pernah berkata "Jangan mudah berputus asa"..Aku tahu yang tinggal kini hanyalah semangat namun aku jua pasti yang satu hari nanti aku akan diterima..Agak pelik dan janggal kerana aku sememangnya telah pun berada di kalangan mereka, aku juga secara zahirnya diperakui untuk bersama-sama mereka namun bila tiba saat bermuzakarah aku bagai melukut di tepi gantang..Ahhhhhhh tidak mengapa aku yakin Allah Maha Mengetahui dan pasti aku akan diberi peluang itu...

17 August 2009

Bermulanya Di Sini

Assalamulaikum,

Semuanya bermula disini dan hari ini..setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk melahirkan blog milik ku akhirnya tercapai jua..alhamdulillah...langkah tidak akan bermula sampai bila-bila pun sekiranya tiada langkah pertama..so inilah langkah aku yang pertama..mulai dengan Bismilliahirahmanirrahim dan salam buat semua..